Search This Blog

Sunday 23 September 2012

Demam rinting -

Salam serama ---wabak demam rinting di kalangan breeder dan player dah mula merebak ,. masing2 dah start cari ayam rinting utk breed ...gara2 si rinting telah berjaya menobatkan dirinya sbg BOTB 2 kali berturut2 di bon melaka ...  ST mmg dari dulu lagi minat dengan rinting, terutamanya rinting emas  ... tp nk dapatkan rinting cutting sekarang agak susah ... jadi cross breed adalah cara terbaik untuk hasilkan rinting cutting baru - cubaan pertama breeding hanya dapat hasilkan ayam di bawah sahaja.. cutting dah ada kemajuan sedikit berbanding bapaknya ... cuba lagi -

ada sape2 yg ada bapak rinting yg sayapnye tergantung kat lutut tu blehla bgtau ST ... mana tau ST berminat -- yg paling penting warnanya spt bapak di atas .... 0169803217 --

Johan Remaja -

Salam serama --

alhamdulillah --- selama berserama , setelah kali ke 8 ke bon akhirnya produk dari reban telipot berjaya jugak meraih johan kategori remaja di bon pokok setol terengganu .-- anak kepada pembaka rasmi telipot ps2 --- ayam tak betul2 galak lagi ...

di bawah nie abg dia -- tetas 2 beradik sahaja -
sedikit demi sedikit kepuasan dalam breeding membuah hasil --- alhamdulillah ---wiring  kondo ayam pun dah di naik tarafkan utk kawan2 yg berkunjung pada malam hari --- bleh sembang lebat sket la sambil layan kopi atas gereeee sebelah reban telipot ....

2013 merupakan RnD terbaru seramatelipot menggunakan pembaka di bawah nie ... ayam tak selam --- tp sama2 kita tunggu anak2nya, induk2 di telipot merupakan hasil cross breed dari pembaka2 telipot seperti kemuning , ps2, vtec , sri telipot .. masih byk perlu di kemaskini utk produk yg lebih baik  .... terima kasih kerana sentiasa support seramatelipot :-) ..


Thursday 20 September 2012

Keunikan Serama Rinting -

Salam serama ....

Sekarang merupakan musim paling mencabar dalam berserama ... siang hari panas terik , malam hari plak hujan beserta angin ... byk ayam2 kesejukan dan sakit --- klau di seramatelipot saya akan pastikan semua yg di bawah wajib ada :-

1 - daging madu jeruk ( suapkan ke bapak2 pembaka ) .
2 - ubat2an ( tetra clore , ubat cacing , minyak ikan, air merah champion  )
3 - kandang berlampu 25-40 watt 8 petak untuk kuarantin ayam2 yg flu / kesejukan )
4 - kanvas untuk menutup seluruh reban .

beginilah view reban serama telipot :-)
reban sedikit tidak terurus kerana ayam yg terlalu byk dan masa yg saya ada semakin sedikit kerana byk menguruskan hal2 perniagaan . Anda boleh tgk sendiri apabila VTEC sekarang dah bersekedudukan dengan 30 induk2 -- hahaha -

Kita tinggal VTEC dengan induk2nya ... dgr cerita rinting dah BOB dua kali di Bon melaka ... saya sendiri pun dah tgk video ayam tu ... mmg giler dan ayam yg sgt cantik ...tahniah kepada tuannya .... berjaya mengangkat rinting setaraf dengan serama kuning , ara , pinang masak yg sebelum ini slalu meraih BOB ... tahniah lagi sekali ... di telipot saya ada jg breeding rinting ... tp belum keluar lagi cutting yg saya idamkan ... belum ada rezeki dan perlu usaha lagi untuk penambahbaikan dalam breeding serama rinting ... kat bawah nie rinting yg saya breed ...

 betina rinting ada 4 ekor je .... masih byk perlu di upgrade - pada sesiapa yg berminat dgn rinting nie bolehla call saya .. untuk wat baka ... try breed rinting plak untuk 2013 .... ST cuma simpan bapak dia untuk cuba acuan lain ... semoga 2013 ST dapat ape yg di hajati -- ape2 call 0169803217 lan . .