Search This Blog

Friday 29 July 2011

Budak Penjual Kuih .-


Asal update blog je pasal serama , hari nie ST nk ubah mood sket ...sempena nk nyambut pose nie .... 

Kejujuran - dalam serama pun macam tu , harus jujur dalam berurusan :-) ... layan je citer kat bawah nie , pic tu bukan penjual kuih yg di maksudkan -- sekadar gambar hiasan --- 

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 

Monday 11 July 2011

Harga Ayam ?...

Salam serama ---

macam mn nk mula nie .... huhu , breeder2 yg otai pasti dah masak dengan ayat camnie kan " kita baru main serama , nk try2 dulu " :-) --- " kita mari nie kira harga pengenalan la dop ? " dan macam2 lagi la ayat2 power nk ayam murah ... yg nakalnya ayam yg di ambilnya tak kurang jugak cantiknya .... pandai pulak pilih ayam :-P, katanya baru main serama  ...iklan jap = anak kain buruk ST ( dah jual ) --

oke ..kita sambung citer lagi :- ramai yg sms ST tanya berapa ST jual anak2 ayam - senang citer kat sini , ST x jual anak A ,. paling kurang pun anak B baru ST jual ( kalau rs nk jual ) ... tu pun kadang2 je ... pasal harga tu , pastila bergantung jugak pada bloodline dia ,. xkanla bapak belinya ribu2 , anak di mintanya harga rm50 seekor .. :-( .... nk minta tawar biarla berpatutan , .. bila nk di kasi yg baka biasa2 xnk pulak dia ... nk anak SI A la , Si B la ..pandai pulak demand ..tips kat sini  "jadilah pembeli yg bijak" hahaha --- . iklan pulak ,- anak kain buruk batch ke 3 ..


pendek katala ... harga ayam serama nie pelbagai , bergantung kepada breeder , bloodline dan juga kecantikan ayam serama itu sendiri .. kepada pembeli , bayarla pada harga anda mampu kerana tak ada penjual yg memaksa anda membeli ayamnya ... tepuk dada tanya selera :-) ... skrg di reban ST musim telur menetas , .. ada 7 ibu yg akan tetas dalam 3-4 hari nie , yg dah menetas pun ada dalam 20 - 30 ekor ... alhamdulillah ... antara pelapis 2012 di reban Serama Telipot :-) ....

Thursday 7 July 2011

Produk Kemuning -

Anak pembaka ST kemuning yg sudah berhijrah ke indon 1 bulan lepas .... adik beradik sama zirafah kat entry sebelum nie :-) ... tahniah juga pada tuan barunya ....

Sunday 3 July 2011

ST suka ayam nie --- kenapa ??

Salam Serama ----
Merupakan anak kepada pembaka tegar Serama Telipot kemuning .... dalam byk2 anak kemuning , yg nie ST paling suka .... hehehe .... kenapa ?? layan pic je ...

agak2 la ....  klau ayam kat bawah nie nk jual , ada ke yg nk beli ?? .... kita tunggu R n D dari serama telipot dan ST akan update perkembangan ayam di bawah dari semasa ke semasa --- :-)