Search This Blog

Saturday 30 April 2011

Dedak -

Permakanan serama juga perlu di titik beratkan , ST menggunakan dedak Gold Coin 201 untuk anak sehingga umurnya 2 bulan , waktu nie kasi makan anak kaw2 ..gemuk pun xpe ..klau dari baka elok ..ayam tu takkan jadi besar .... :-) .. untuk serama 2 bulan ke atas ST menggunakan Dedak penelur Gold Coin 105 di campurkan dengan jagung halus dan Dedak pembiak baka Gold Coin 107 dengan Nisbah 3 kg + 2 kg + 1 kg . Jenama Gold Coin merupakan dedak yang berkualiti terutamanya untuk anak , ia mempunyai protein yang tinggi untuk meningkatkan daya tahan seekor anak ayam . Untuk ayam sakit juga , ST akan memberi makan dedak anak kerana mempunyai protein yang tinggi . Kos dedak makin hari makin naik , cer tgk ...cer tgk ... byk ayam nk jual untuk kurangkan kos dedak .. penghantaran dengan bas pun boleh di buat untuk ayam2 ini, harga boleh kautim lepas2 kos dedak je , sms ST untuk harga  ..ST masukkan sebahagian dari gambarnya, selebihnya tgk kat FB ST la ... 
Link 1 - KLIK SINI .
Link 2 - KLIK SINI .






Friday 29 April 2011

Lagenda Serama ---

Hari nie kita kembali ke zaman kegemilangan serama 10 tahun lepas .. boleh la lepas nie balik check serama masing2 , ayam serama korang semua byk kot baka mana ... antara pembaka tersohor ketika dulu adalah mat awang , husin kijang dan baka ah wee  .... gambar2 nie ST dapat dari album lama saudara napi yang juga pembiak baka asal dari bloodline2 di bawah , ayam yang berada di rebannya kini merupakan cross breed dari baka2 di bawah  .... kesemuanya adalah berasal dari Kelantan ...

Pernah menang game besar ASIA di kelantan ketika dahulu , berharga Rm23k .. baka mat awang tersohor dengan perangainya yang hebat di meja suatu ketika dahulu ..
 Ayam husin kijang juga merupakan baka yang sentiasa berada di TOP 3 ketika dahulu ..mempunyai warna dan aksesori yang cantik .
 
Ayam ah wee , .. bloodline yang cukup mahal dan sgt susah untuk dapatkan ayam dari baka ini ketika dahulu ,. popular dengan ayam selam dan berdada besar .. kenapa perahu siam tu selam pelik je ..? jawapan dia anda tentukan ... 
 
Ini ayam saudara napi ketika dahulu , pernah di tawarkan RM11k ketika itu menang di Bon tempat ke 2 kategori Serama B ... kalau pada masa sekarang , ayam macam nie dah dikelaskan sebagai serama reject rasanya .. begitu indah seni serama yang semakin hari melalui pelbagai tranformasi2 yang agak menarik.. berteraskan pembaka2 di atas ini la wujudnya serama-serama yang hebat ketika kini ..

Thursday 28 April 2011

Terbaik Di Reban ST -

Dah start da.... ayam nie dah mula datang perangai pelik .... ishhh , lain macam betul perangai dia ... lempar sayap je keje dia skang, skang pun dah mula belajar menyelam  .... akan mencuba nasib di game kenyir ....



Anak kemuning - SOLD -

Kemuning banyak keluarkan anak2 cantik ... alhamdulillah ... xde ape nk update hari nie.. ayam bercutting sedarhana , ekor tgh nuruh .... sape2 berminat bolehla call or sms ST untuk harganya .... ayam tak pernah di mandikan dan di gosok ...


Wednesday 27 April 2011

Jantan muka betina ??

Salah satu kelainan untuk bloodline perahu siam adalah ketika kecil sehingga remaja kebanyakan seramanya jantan bermuka betina ... pondan ke ??  hahahaha ...tapi ikut pemerhatian ST , ayam  yang selamnya agak pelik adalah ayam yang muka betina sebab bulu di tengkuknya sedikit .. huhu ...(pandangan peribadi , otai2 jangan marah )  . kat bawah ada skit gambar contoh  , keduanya adalah dari bloodline perahu siam ... ST ambil dari anak kecil dalam 14 ekor semuanya , dah besar remaja nie byk ekor pula yang jadi jantan  , pada sesiapa yang call , sms tanya nak main baka perahu siam ... hanya dua ekor yang di bawah ini sahaja ST nk lepas ...ayam seperti dalam gambar ,kalau di lihat sekarang ayamnya tidak sesuai untuk game  .. hanya untuk breed sahaja , tapi tak taula ayam serama nie takut masuk kategori nanti dia jadi lain , banyak kali berlaku ... klau jadi cantik boleh la bawak pegi game ....  yang lain-lain ST belum mahu jual lagi ,.harga sms la ... lepas modal ST beli + kos dedak skit ...

 ayam kuning pic paling depan tu , yg tgh tu Si Patah ( not for sales ) ..

Monday 25 April 2011

Harapan ST -

Takda nama lagi ayam nie ... juga dari bloodline perahu siam .... klau bleh wat main ST bawak game , klau taknak bangun2 jugak .. memadai jadi pembaka di rumah ST ... semakin hari nampak semakin lain , masa kecil .. ayamnya pendek ... dah masuk remaja jadi panjang pulak tubuhnya ... layan pic jap ..



Sunday 24 April 2011

Anak2 Kemuning -

Seperti yang di janjikan di entry sebelumnya .... ST cakap nk masukkan gambar anak kemuning .... kat bawah nie ada 2 ekor yang agak sedap mata memandang ... ada lagi yang berpotensi tetapi ST belum mahu masukkan gambarnya lagi , untuk pembaka kemuning ST masih lagi dalam proses upgrade patern supaya keluar anak2 yang lebih cantik , dah ada tuuuuuu , mana2? dalam reban .. hahahaha  ... kebanyakan anak kemuning byk mempunyai gaya kebas seperti bapaknya .. kebas lompat ...  layan dulu pic kat bawah ...
 masa anak --- nk jual pun org taknak ,. hampir semua anak kemuning datang perangai masa nk masuk remaja - muda ....
 
ayam nie agak lama juga kurang segar , dalam seminggu dua nie baru tegak dan merah balik balungnya ... perangai pun dah start datang ...


belunjur lagi --- harap2 di depan hari dia bangun ,.

Friday 22 April 2011

Serama Reject -

Hari minggu nie ST nk berkongsi skit pasal isu serama reject nie .... makin hari reban makin penuh , tuan ayam pun dah pening nk letak kat mana ayam ... hahahaha , lepas tu bermulalah episod kelaskan serama2 terpilih yg mana pada mata tuannya cantik dan berpotensi . Ok , dah settle pilih tu , yg lebih2 humban sekali dalam satu reban ... hahaha , nasib2 ... hari2 kasi makan je ... kos dedak pulak bertambah2 ,. ST sendiri pun hampir rm300 sebulan untuk ayam sahaja ... boleh byr kete kancil tu ,. huhu .... emmm , nk jual ke nk sembelih ayam2 reject nie ? .. ada sesetengah breeder yang sanggup sembelih daripada jual murah2 , alasannya tak mahu baka ayam2nya mengalir dengan begitu mudah . Kalau jual pun pada kwan2 terdekat sahaja.

Sebulan dua tak dengar khabar tup2 keluar ayam cantikk ,. induk mana ? bapak mana ? .... alaaa, yg ko kasi aku dulu tu ... yg reject ,. hahahahaha .... ayam yg bakanya jelas pada ST tiada ayam reject sebenarnya , semua adalah yang terbaik .... jadi nasihat ST pada rakan2 serama yang baru nk mula .. carila baka yang darahnya  jelas, masa pun tidak terbuang begitu sahaja , ye la ..nk tunggu ayam siap 6-7 bulan jugak , klau semua jadi macam bas dengan trailer kan nanti rasa nk  bako je reban tu , bako bako .... hahahaha  ... gambar kat atas hanya hiasan ... klau2 berminat pun xde hal ... harga boleh cerita ... nk jual murah2 je tu ... anak2 nk kasi free pun ada dalam 10 ekor stanby untuk kawan2 ...

Limbat + Mat Awang -

 UPDATE - Ayam dah di jual - thank to buyer ...

Ayam nie merupakan anak ayam pertama tetas di reban ST , .. alhamdulillah agak sedap jugak mata memandang , juga merupakan pencetus semangat untuk terus berada dalam arena breeding serama .. betul kata org , utamakanlah baka untuk menghasilkan ayam yg berkualiti dan lebih konsisten ... ayam nie mmg ST nk jual , .. ramai juga yang berminat untuk membelinya , tetapi buat masa ini, kesemua peminatnya adalah dari luar terengganu  ... ST belum lagi terbuka hati untuk membuat penghantaran melalui bas, harap maaf  , ST lebih suka pembelinya terus ke reban ST dan menilai dulu ayam sebelum membayarnya ... klau rasa puas hati boleh terus masuk kotak dan bawak balik ,. klau kurang berpuas hati dengan ayamnya jangan beli :-) .... ianya lebih telus dan menyenangkan kedua2 pihak .... kita playback skit picnya dari anak B ke muda ... skang ayam makin selam, lonjak dan kebas ...


Wednesday 20 April 2011

Perahu Siam -

Perahu Siam sebenarnya adalah nama bapak kepada ayam yang di kenali sebagai Perahu Siam , tetapi bila ramai dah bercerita pasal ayam nie dan di beri gelaran perahu siam , jadi ST juga gelarkannya perahu siam .. Banyak cerita-cerita pasal perahu siam nie ... ada yg tanya , kenapa tak join game , takut kalah ke ? .. huhu.. nk wat macam mn dah tuannya dah tak minat nk join game , ST pernah bertanya dengan saudara napi - kata saudara napi "aku lama doh tanding ayam  sejak dulu lagi , semua tempat doh aku gi  , puah doh nk gi tanding  ..leni aku nk buat ayam lawo2 je , biar semua dalam gokk aku tarik belaka , nk tgk sendiri petang2 pun sedak ket, biar arr org nk kata pende pun , dok kesoh ..   " ... jadi ST terpaksa akurla dengan jawapan tu ,. seni serama itu luas .. penilaian bukan hanya pada mutu pengadilan , peminat serama sendiri rasanya lebih arif  tentang seni seekor serama .. apa kata  kita playback skit pasal perahu siam nie dari remaja ke muda .. tp agak sayang , gambar sebelum ekornya nuruh ST tak snap ..maklumla masa tu ayam taknak dongak pun , tgk pun tak selera .... hahahaha ( ayat nyesal tak amik PS ) ...
tgh nuruh , masa nie la dia mula datang perangai ... klau tgk pada pinggangnya , agak besar dan klau tengkuknya tak tarik ayam nie mmg tak cantik .... tp itula seni seekor serama :-)
ini ayam dah nk siap . ketika ini ayam nampak sedikit bulat dan ketika inila perahu siam menjadi bualan ramai peminat serama dari tanah air dan juga luar dari malaysia , org ganu kata sapa lebukkkk tanoh umoh napi hari2 org duk mari tgk ayam nie ..... harga yg di tawarkan ketika ini melebihi rm10k , tetapi tuannya tetap dengan pendiriannya tak mahu jual , tp ST respect sama pembeli tegar tu .. agak tinggi jugak harga tu untuk seekor serama  , ST mmg tak mampu ... hahahahaha ... akhirnya si pembeli akur dengan jawapan Napi , tak jual ( byk tu rm10k , macam2 bleh wat ST cakap kat napi ) jawap dia " biarla , kabo doh kan ... klau nk jual belaka hok comel , ayam kat gokk kita setakat tu jela ... biar gokk keluar hok koho jahak " ... betul jugak kata dia bila pk2 .... dengan kos yang agak tinggi jugak ST ambil keputusan untuk memilih baka perahu siam untuk ST breed dan alhamdulillah anak2 yang keluar org terengganu kata bleh kira la ..
hoo tohhhhh , nie masa muda .. ayam jadi slim tinggi ... mmg pelik PS nie , ST dalam seminggu tu 4-5 kali gi jalan umoh napi dan mmg ikut perkembangan PS nie ... pelik sungguh , gambar nie di ambil ketika Dr Jaafar dari LEASF datang menjenguk PS kalau tak silap ST . Yang terbaru ST dapat tahu , peminat dari Negara Jiran tawarkan harga rm15k dan saudara napi tetap dengan pendiriannya taknak jual PS beliau , buat turun anak je ... anak2 PS pun dah ada yang sedap memandang , anak2 PS juga saudara napi tidak mahu menjualnya lagi .. nk tunggu besar katanya :-) , klau dia nk jual , pasti ST org pertama yang membelinya . hahahaha ....sebagai seorang peminat seni serama , anda nilai sendiri PS , ayam mmg tak pernah jejak kaki di meja pengadilan , apa kata anda semua jadi pengadil .. hahahaha ., kini PS dah jadi Pembaka Sepenuh masa dan seperti ayam2 lain jugak , perangainya makin kurang , selam tetap selam , lemasssss .. layan je video di bawah yang di rakam oleh saudara bahar Awangselamat -
Perahu Siam 

Tuesday 19 April 2011

Perahu Tembesu -


Perahu tembesu di beri nama --- ambil ketika Anak C , anak kepada Buyung Emas juga dari bloodline perahu siam .... ayam nie juga telah ST setkan sebagai pembaka tegar kerana melalui pengamatan untuk seekor ayam pembaka , PT mempunyai aksesori yg cantik dan ayam perangai byk . , org ganu oyak ( cakap )  .... barang dop selam dakpe nk wat baka , asal kot aksesori ngan perangai dia comel ..... meh tgk sket video dia masa nk masuk remaja .... hahahahaha, sakit mata plop tgk ....  .... http://www.facebook.com/video/video.php?v=180292778663169  ..Sperma yang juara , hahahaha -- Anak C 1 ekor , anak A ada 3 ekor ...

pst :--- jgn reject sebarangan ayam hudoh , hok lepas2 biasanya hok reject nie la byk makan jasa .... :-)

Si Kain Buruk -



Pembaka harapan ST juga dari bloodline perahu siam , adik beradik dengan perahu siam tp berlainan ibu ...  ST beli ayam nie ketika remaja , perahu siam tu taknak jadi rezeki ST sahaja ketika itu , saudara napi kasi 2 pilihan masa tu , sama ada perahu siam atau Si kain buruk nie , masa tu perahu siam belunjur je , ayam pun tak berapa sihat , jadi ST ambil keputusan untuk ambil Si Kain Buruk nie , maklumla ayam nie masa tu mmg sedap mata memandang berbanding perahu siam ( hahahaha , seni serama jangan main2, bila2 masa sahaja dia boleh bertukar bentuk  ) .... agak lama la jugak untuk tunggu ayam nie turun benih .... baru dapat 2 ekor , .. kini SKB juga adalah pembaka sepenuh masa di reban ST ..... kat bawah nie anak sulong Si Kain Buruk nie , agak berpotensi jugak ...

Monday 18 April 2011

Si Patah -

Si patah merupakan bloodline pok man dagangan , di waktu kecilnya macam burung bangau, hahahaha  .... hampir sebulan lebih ST masukkan dalam Tong gabus sebab waktu kecil matanya berair dan selalu sakit , hari2 kasi makan je ,. makin lama makin nampak lain macam , rupa2nya tak sihat sebab nk buat tranform .... masuk ke alam remaja perangainya datang .... layan je pic kat bawah ....



Gaya terkini beliau, bercutting kuda ( cutting idaman zaman sekarang )  .... dah ramai juga yg nk meminang , belum masanya lagi nk lepas .... ikut mata otai2 lama .... ayam nie sebulu lagi jahak nie, skang kebas , tarik , parking je .... x berapa nk selam lagi .. ..... hahahaha .... kata org ,. kita tunggu je ayam nie siap .... :-)

Kemuning Pembaka HEBAT !!!

Kemuning seekor ayam yg di train khas untuk game dan telah terbukti di arena dengan rekod yang agak baik , seekor pembaka yang sgt rajin panjat ibu -- hahahahaha --- ayam nie ST beli dari Meng ( Nakamura Wong ) untuk di jadikan pembaka sepenuh masa .. anak2nya alhamdulillah , agak sedap juga mata memandang , di lain posting ST akan masukkan gambar anak2nya ....

Rekod terbaik kemuning -

- di besutt dapat champion masa muda
- di kl game champion tanpa lawi
- tasik tititwangsa dapat no2
- di kel dapat best masa bon kecil
- no 3 di pahang

Video di youtube ketika kemuning masih berada di tangan adi nilai , sebelum bertukar tangan kepada Meng KB dan seterusnya kepada ST .

Anak Vtec -

Si Black Pearl adalah anak tunggal VTEC , dari anak A lagi dah nampak lain macam ...kini dah nk masuk remaja .... ramai jugak yg nk masuk meminang , buat masa ini ST rasa taknak jual lagi .... mungkin simpan je untuk sambung baka :-) .. kebas , parking , selam dan lonjak ... terhibur la jugak hati  keluar produk macam nie ...